semua kerana mulut

hai. tengok title je mesti orang ingat ni mesti sebab mulut jahat or what so everrrr. aku taktahu sama ada ini berlaku dalam hidup korang or tak, tapi ini berlaku dalam hidup aku. pernah tak bila kau cakap benda betul tapi orang cakap kau tipu ? ok its happened to me all the time. yang peliknyaaaa, aku bukannya jenis suka tipu orang. memang aku tak suke. tahu sebab apa aku tak suka ?


dulu masa kecik2 ustazah selalu cerita kat sekolah pasal sahabatsahabat nabi and cerita  nabi kan ? tahu tak apa maksud AS-siddiq ? yang bercakap benar. yes, yang bercakap benar. ustazah cerita yang Abu Bakar as-siddiq di beri gelaran tu sebab dia sentiasa bercakap benar. sejak dari tu, aku sedar yang aku nak jadi mcm Abu bakar, yang bercakap benar. and that time aku umur dalam 10-11 tahun i guess. aku pun tak brape nak ingat la time tuu. apa yang terjadi semalam pun aku lupa. haha. ouhh aku bukan nyanyuk or amnesia. aku ni mudah lupa. memory temporary loss. hahaha. tapi benda yang indah, kelakar dan mnyakitkan memang aku ingat laaa kan. bukan nak bagitahu yang aku ni alim ke ape, mmg aku bukan kategori yang alim pun, just kadang2 inspired. nak buat macam mana betol tak ? 

yelah, sapa yang taknak jadi baik dalam dunia ni ? okay, aku teruskan dengan title ni. sampai la sekarang aku masih berpegang untuk sentiasa bercakap benar. okayy, yelah aku memang suka kenakan kawan2 konon-konon ada ahlong cari diorang ke ape ke, tapi lepas 5 minit aku tergelak kuatkuat, sbb aku memang tak boleh lama kenakan kawan2 aku. or maybe sebab tula diorang tak percaya aku.

pernah masa aku sekolah menengah dulu, aku datang sekolah dengan bandage kat tangan sbb sehari sebelum tu aku operate kat area ketiak disebabkan ada ketumbuhan. then, kawan aku tu cakap aku sahaja tarik perhatian sahaja2 pakai bandage kat sekolah. what the heck betol. yelah dia tak percaya dengan aku sebab aku pegi operate tapi aku still datang sekolah. perlu ke aku nak jelaskan yang aku datang sekolah pastu operate aku schedule pukul 3 petang, it was a minor surgery, pembedahan pun buat kat medical centre bukan hospital. memang doktor ada bagitahu suruh cuti sehari lepas pembedahan, tapi mak aku suruh pegi sekolah jugak. sbb yang kena tangan kiri, tangan kanan, mak aku cakap masih boleh tulis. and perlu ke aku jelaskan yang mak aku bukan jenis yang senang2 suruh anak dia tak pegi sekolah and my mom taught me on how to be strong and not weak!

seriously aku tak faham kenapa aku masih kawan dengan dia. haha. and banyak la benda yang aku bagitahu kadang2 kawan aku tak percaya sampai sekarang. banyak, tapi malas nak cerita sebab penat pikir benda negatif, sedangkan hidup ni indah kalau kita fikir yang positif.

tu jela buat masa skrang aku nak kongsi. byee :)


Comments

Popular posts from this blog

bace laa kawan2. thnx too MIEN

layannn :)

Happy One Year Working in DHL